Saturday, August 21, 2010

Kemalangan Sebagai Kaffarah Daripada Allah S.W.T

Saturday, August 21, 2010
Jangan kita menganggap segala macam musibah yang melanda kita merupakan bala semata-mata yang diturunkan oleh Allah kepada kita. Sebaliknya berfikirlah secara bijaksana bahawasanya Allah megenakan musibah ke atas kita adalah sebagai kaffarah kerana kita ada melakukan maksiat kepadanya samada kita sedar ataupun tidak. Harini aku terlibat di dalam kemalangan yang mungkin tidak serius. Tapi ianya sudah cukup untuk mengajar diri ini bahawa kemalangan itu boleh berlaku pada bila-bila masa. Ianya cukup membuat aku terfikir akan kematian. Namun Alhamdulillah Allah masih sayangkan nyawa ini lalu diberikan sedikit kecederaan yang tidak berapa serius.

Mengingati kejadian tadi, aku membonceng motosikal yang ditunggang oleh adikku menuju ke Kota Bharu. Aku yang mengajaknya supaya menghantar aku ke Kota Bharu kerana hendak mengambil kereta yang ditinggalkan di sana. Dalam perjalanan tiba-tiba sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang budak perempuan membelok ke kanan secara tiba-tiba. Kami yang mengekorinya dari belakang tidak sempat mengelak lalu merempuh motosikal beliau. Kami rebah di atas jalan raya. Aku mengalami luka di lengan, lutut, pinggang dan kaki manakala adik cedera di lengan. Mud guard motosikal kami pecah dan perlu diganti baru Setelah keadaan terkawal kami buat keputusan meneruskan perjalanan ke Kota Bharu tapi terlebih dahulu menuju ke klinik untuk mendapat rawatan.

Jika direnung-renungkan mungkin diri ini telah melakukan sesuatu yang dimarahi oleh Allah S.W.T. Sebagai kaffarah aku dikenakan kemalangan tersebut. Alhamdulillah mungkin ini sedikit pengajaran supaya aku lebih mengingatiNYA.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails