Friday, August 27, 2010

Imam Masjid al-Azhar kunjungi Qaryah Ramadhan

Friday, August 27, 2010
KOTA BHARU, 27 Ogos: Qaryah Ramadhan terus dikunjungi oleh tokoh terkenal yang menambah seri dan kemeriahan perkampungan Ramadhan di perkarangan Stadium Sultan Muhamad ke-IV.

Malam tadi, Qaryah Ramadhan menerima Syeikh Asyraf Hamed Hasani Al-Husaini, imam masjid terkenal di dunia, Masjid Al-Azhar yang mempunyai enam orang imam.

Beliau telah diberi penghormatan mengimamkan solat Isyak hampir 3 ribu jemaah yang memenuhi Qaryah Ramadhan di samping mengijazahkan sanad bacaan surah al-Fatihah kepada seluruh jemaah.

Hadir sama ialah Ustaz Hizbur Rahman Omar Zuhdi, finalis program realiti Imam Muda terbitan sebuah stesen televisyen.

Beliau dijemput oleh pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) untuk menjayakan program bersama remaja iaitu program Sepetang Di Ambang Iftor yang diadakan pada sebelah petang di pentas Qaryah Ramadhan.

Selepas dua salam solat tarawih, beliau telah memberi tazkirah yang antara lain menyentuh tentang permasalahan umat pada hari ini yang terlalu mengejar dunia sehingga melupakan persediaan untuk menuju ke akhirat.

Program di Qaryah Ramadhan malam tadi berakhir dengan persembahan bacaan Qiraatul Quran: 7 Bacaan oleh pelajar-pelajar dari Tahfiz Al-Quran dan Qiraat Pulai Chondong.

Turut hadir, Datuk Takiyuddin Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan dan Datuk Ahmad Mahmud, Yang Dipertua MPKB-BRI.

-Harakahdaily

2 comments:

Nour said...

haiya, buat liputan je ke.pegi ke tak terawih kt stadium semlm? =D

ffataah said...

hehe..mmg kite gi..btuah sbb dpt pengalaman terima ijazah sanad surah Al-Fatihah dari imam besar Mesir...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails