Saturday, August 14, 2010

Hukuman Mati Ke Atas Pesalah Buang Bayi

Saturday, August 14, 2010
Kejadian pembuangan bayi dewasa ini nampaknya tiada kesudahan. Berikutan itu telah ada yang mula memberi pendapat hukuman yang lebih berat patut dikenakan ke atas pesalah-pesalah pembuangan bayi. Hukuman mati dikatakan wajar dikenakan ke atas pesalah-pesalah ini kerana pembuangan bayi merupakan satu kesalahan jenayah yang berat.

Kesalahan membuang bayi samalah dengan kesalahan membunuh. Sekiranya kita betul-betul melaksanakan undang-undang Islam, hukuman bagi kesalahan membunuh adalah bunuh balas ataupun qisas. Hukuman berat seperti ini akan dapat memberi pengajaran kepada masyarakat, pelaku atau bakal pelaku bahkan ianya menepati ajaran Islam.

Keruntuhan moral di kalangan masyarakat dalam kes yang sebegini sebenarnya berpunca daripada sikap golongan muda yang mengamalkan budaya hidup bebas. Budaya zina telah menjadi penyakit yang menular di kalangan remaja. Akibat daripada perlakuan seks bebas, maka berlakulah remaja-remaja perempuan yang mengandung di luar nikah. Bagi menutup malu diri sendiri, mereka ini pula sanggup menggugurkan bayi mereka seterusnya dibuang tanpa ada rasa perikemanusiaan.

Hukuman berat dengan dijatuhkan hukuman mati sahaja yang nampaknya setimpal bagi penjenayah ini kerana mereka telah membunuh bayi yang lahir tidak berdosa. Semoga dengan perlaksanaan hukuman tersebut akan dapat mengurangkan kejadian seperti ini dimasa akan datang.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails