Tuesday, August 17, 2010

Dinar Emas Satu Penyelesaian

Tuesday, August 17, 2010

Saya menyokong penuh langkah kerajaan Negeri Kelantan memperkenalkan Dinar Syariah baru-baru ini. Ternyata kerajaan Negeri Kelantan terkehadapan di dalam isu-isu melibatkan kepentingan masyarakat umum selari dengan motto Kelantan Menerajui Perubahan yang di tanam oleh Menteri Besar, Yang Amat Berhormat Dato' Bentara Setia Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pun begitu, telah terdapat suara-suara yang iri hati dengan langkah Kerajaan Negeri memperkenalkan Dinar Syariah tersebut dengan pelbagai alasan untuk menidakbolehkan perubahan tersebut. Seperti biasa Awang Agas(Awang Adek) lah yang menjadi antara orang pertama membantah langkah pembaikan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri kelahirannya. Dalam kenyataan beliau antara lain menyebut Kerajaan Negeri tidak berhak untuk memperkenalkan matawang selain daripada bank Negara. Tindakan Kerajaan Negeri Kelantan ini dianggap telah membelakangkan Bank Negara sebagai satu badan yang sah untuk mengeluarkan matawang. Jawapan yang diberi oleh Exco Kelantan Dato' Husam Musa adalah mudah,' Kerajaan Negeri Kelantan bukanlah memperkenalkan satu bentuk matawang yang baru di negara ini dengan memperkenalkan Dinar Emas tetapi ianya hanya digunakan sebagai pertukaran barangan ataupun dikenali dengan sistem Barter. Ianya bergantung kepada pembeli dan penjual untuk menerima transaksi yang melibatkan medium tersebut.

Semalam seorang pembaca Utusan menulis dengan nada menyindir, Kerajaan Negeri telah memalsukan matawang dengan memperkenalkan Dinar Emas. Mana mungkin Dinar Emas disamakan dengan sindiket yang mengeluarkan matawang palsu. Tidak masuk akal langsung bagi mereka yang mempelajari ekonomi. Perbezaannya, note-note matawang palsu akan menambahkan jumlah ringgit dalam sistem monetary yang dikawal oleh bank negara. Ini akan menyebabkan lebihan ringgit seterusnya akan menjatuhkan nilainya. Dinar Emas pula tidak menyebabkan penambahan ringgit dalam sistem monetary kerana ianya adalah berbentuk emas fizikal.

Pembaca tersebut juga menyindir dengan menyatakan akan berlaku rompakan di rumah-rumah di Kelantan kerana perompak-perompak mahu mencari Dinar Emas. Paling sinis tuduhan pula beliau menyatakan bagaimana sekiranya Kerajaan Negeri Kelantan bertukar tangan? Apakah kerajaan yang baru memerintah nanti akan mengiktiraf Dinar Emas?

Jawapannya mudah. Tahukah beliau bahawa Dinar Emas diperbuat daripada logam apa? Tentulah emas. Emas daripada dahulu kala lagi menjadi barang berharga yang sentiasa diinginkan oleh semua orang. Tidak ada satu kerajaan pun yang tidak mahukan emas. Justeru emas merupakan aset yang mudah dicairkan dengan ditukar kepada matawang. Tidak perlulah risau kerajaan nak iktiraf atau tidak.

Ironinya, Dinar Emas merupakan satu-satunya medium terbaik jika digunakan sebagai matawang kerana ia bebas daripada turun naik matawang berbanding matawang kertas sekarang yang bergantung kepada turun naik Dollar Amerika.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails